6 Teknik Mengatasi Pesaing Anda Dalam Perniagaan
6 Teknik Mengatasi Pesaing Anda Dalam Perniagaan
Persaingan dalam perniagaan adalah perkara yang normal. Tidak semestinya jika sudah ramai orang jual produk A, kita tak boleh jual produk tersebut.
Berikut 6 teknik yang boleh anda gunakan untuk menjadikan diri anda lebih ke hadapan berbanding pesaing anda.
1. Wujudkan kepimpinan anda di pasaran
Pasaran itu mesti faham bahawa anda adalah pemimpin dalam apa jua yang anda buat. Jangan mudah terperangkap dalam apa-apa spekulasi. Anda boleh wujudkan kekuasaan anda dengan menjadi diri anda wujud di mana saja anda boleh dan dengan memberikan kandungan berinformasi tentang produk anda di sebanyak mana tempat yang anda boleh.
Menjawab pertanyaan adalah satu lagi cara di mana anda boleh tunjukkan dominasi anda dalam bidang anda.
2. Pastikan harga produk anda adalah berpatutan
Ini bukanlah bermaksud anda terpaksa meletakkan produk anda dengan harga yang paling rendah. Lawan harga dan menawarkan harga yang lebih rendah dari pesaing anda tidak semestinya menjadikan produk anda lebih laris di pasaran.
Ia cuma bermaksud bahawa anda harus berikan kepada orang nilai yang tepat untuk apa yang mereka belanjakan. Jika produk anda lebih mahal daripada produk lain, ia harus miliki sesuatu yang lebih istimewa daripada yang dimiliki oleh produk lain.
3. Sentiasa terus 'Up To Date' terkini
Selalu terbitkan versi baru produk anda. Terbitkan produk yang sepadan dengan pelbagai tema, seperti tema perayaan. Bina pakej yang memikat hati untuk seluruh produk anda, mungkin melalui kerjasama dengan produk-produk lain yang ada kaitan.
Gunakan teknik-teknik baru untuk mempromosi. Orang sukakan bisnes yang sentiasa mengikut trend.
4. Uruskan servis anda sebaik-baiknya
Sentiasa cepat bertindakbalas terhadap keperluan pelanggan. Layani semua permintaan wang dikembalikan. Berikan jawapan kepada semua tiket sokongan dalam tempoh 24 jam atau kurang.
5. Buat kajian keperluan pelanggan dan bentukkan produk anda sewajarnya
Blog dan forum adalah tempat yang bagus untuk mengetahui apa yang pasaran mahukan. Masukkan ciri-ciri ini dalam produk anda. Buatkan pasaran anda tahu bahawa anda telah melakukannya.
Apabila anda menggabungkan cadangan-cadangan pasaran anda ke dalam produk anda, anda memperolehi rasa hormat mereka dan mereka rasa berbesar hati untuk berurusniaga dengan anda.
6. Berhati-hati dengan apa yang pesaing anda buat
Jika mereka menggunakan taktik yang anda tidak gunakan, fikirkan sama ada patutkah anda menggunakannya juga. Fikirkan kebaikan dan kekurangan apa saja yang pesaing anda buat dan jangan teragak-agak menggunakan poin-poin yang bagus.
CategoriesTip Berniaga